Wednesday, September 9, 2009

sharing is caring

malam tadi langit cerah, adakah semalam lailatul qadar?

2 malam sudah saya berkongsi cerita dengan teman baru saya tentang diri yang pernah dibuli (teman baru merasakan) atau didera(saya merasakan) secara mental dan fizikal (sedikit) oleh jiran saya yang "bijaksana" sewaktu saya baru mengenal dunia,si kembar juga turut merasa tempiasnya..peristiwa buruk itu menggamit saya sehingga kini..kami dipulau tanpa sebab,dihina dikeji,dan yang banyak menelan pahit adalah saya..saya diberi makanan basi,ketika itu saya fikir dia tersilap tapi rupanya itu adalah tanda penghargaan dari saya untuk dia. makanla nak..kuih basi itu.saya sedih sekali..

keyakinan diri hilang kerana terlalu sangat diherdik dan diejek oleh manusia dewasa yang bijaksana ini,dia bilang rupa paras saya tidak menawan,hatinya tidak tertawan melihat saya,lebih senang kalau saya katakan rupa saya ini hodoh dimata dia..gelaran "buruk" saya hadap saja..

cara saya berjalan turut menjadi isu,mungkin dia mahu saya berjalan ala diva didepannya,atau cat walk,perhaps..

aduh sabarnya saya ketika itu..hm,apa salah saya ya?saya masih kecil tiada kekuatan untuk bersuara,tidak mahu menjadi beban kepada bonda,saya diamkan saja.kalau kini saya kongsikan cerita pahit ini kepada bonda,air mata saya tumpah..saya diperlakukan itu ini sesuka hati..

tapi saya bersyukur saya kini menjadi "manusia"..

hidup ini mudah,seperti lagu justin timberlake,what comes around,goes around,kalau bahasa pasar diterjemahkan begini:kau buat la,hari ni hari kau,esok hari aku..setiap apa yang dilakukan samada baik atau buruk akan dibalas setimpalnya,jika tidak di dunia,akhirat pasti ada..roda kehidupan berpusing dan bersilih ganti,saya tidak mengharapkan yang buruk hodoh berlaku kepada dia,cukupla dia menyesali apa yang dia lakukan kepada kami,saya harap dia boleh melihat dunia ini dengan mata hati..

saya berterima kasih kepadanya,kerana dia adalah guru saya,guru alquran saya,kerana dia saya boleh mengenal apa itu huruf alif ba ta..walaupun ada sedikit diskriminasi antara saya dan anaknya dimana saya sering ditakuk lama sedangkan anaknya setiap hari di chapter baru,saya di "hold" ke chapter seterusnya sehingga seminggu..tapi tidak apa,acik..saya sudah khatam quran kini,alhamdulillah sudah beberapa kali,terima kasih memberi lampu,saya guna lampu itu sehingga kini,masih berfungsi..tidak apa,sekiranya saya bertemu jodoh dan dianugerahkan cahaya mata,akan saya ajari cahaya mata saya ini membaca alquran dengan ikhlas insyaallah...


bukan untuk mengaibkan sesiapa,hanya untuk berkongsi cerita..kini tiada apa lagi,bagi saya yang lepas biarlah usah dikenang,hari ini hari yang terakhir saya mengingati kisah buruk ini,besok harapnya tidak lagi...


P/S:my fav wordsss:tula hmm ntah tak tahu..hehe ape lagi ye?=P

5 comments:

IES Boutique said...

sedih lak saya membaca post ini..teringat waktu2 yg telah kita lalui kan??

mynameisdiha said...

sedihnya. rasa nak menangis baca entri ni :(:(.
tak apa. setiap apa yg berlaku ada hikmah nya. dan apa yg berlaku ada buruk dan baik. sekurang kurangnya kita mengenal erti hidup yang sebenar. apa yang terjadi, jadi pengajaran buat kita semua. dan alhamdullilah kita semua telah menjadi org yg berguna dan insyaAllah, menjadi org org yg diberkati Allah :):). dan hendak lah kita sebagai manusia mendoakan kebaikan manusia yg lain, bukan yg keburukan. dan harap orang itu berubah :)

meeya said...

ye sgt mengharap dia berubah...oh lupa akak dan abang kene jugak,tapi dalam byk2 sy lah yg paling teruk kan,maybe sy ni istimewa dan die jeles,hihihi,jeles la tu!

IES Boutique said...

akak da mcm ustazah lak..hihihi..

AyUmIshA said...

hehe..takpela,Allah da balas ape yg die wat kat kite dulu..buang yg keroh,amek yg jernih..=)

Post a Comment