Sunday, September 6, 2009

ikhlas...

Lama sudah tidak menulis...sudah 4 bulan,jika blog ini berperasan pasti ia berkata-sampai hati tinggalkan sy..

hm,dalam masa 4 bulan ini,sy mempelajari erti kehidupan,sy menemui cinta,sy mempelajari untuk menghargai kehidupan dan cinta,sy mempelajari untuk ikhlas dan sabar kerna 2 sifat ini adalah cara untuk saya menghargai kedua-dua perkara-kehidupan dan cinta..=)

jika anda pernah menonton ayat-ayat cinta,sahabat fahri di penjara menasihati si fahri agar sabar dan ikhlas,kerana sabar dan ikhlas adalah islam..

rata-rata seorang muslim jarang mempunyai 2 sifat ini,mungkin setengahnya sabar tapi tidak ikhlas,dan mungkin juga setengah nya ikhlas tapi tidak sabar malah kocoh..dan sesetengah itu adalah saya...

saya sendiri baru-baru ini telah menyebabkan hati insan terluka bila saya katakan padanya bahawa saya "tidak ikhlas untuk menerima keadaan diri anda"..aduh,bila difikirkan betapa egois nya saya,betapa sombong nya saya..bukankah kehidupan manusia ditetapkan ALLAH dari rahim ibu lagi,sekiranya saya seorang islam,bukankah saya perlu ikhlas..ikhlas menerima kehidupannya,keadaan dirinya yang baru melihat dunia,keadaan dirinya yang baru kehilangan seseorang yang dia cinta..kenapa material dan kerjaya harus menjadi keutamaan,aduh,goyah sguh saya ketika itu..bukankah itu adalah rezeki nya,rezeki dari yang MAHA KAYA,yang telah digalurkan sebelum dia kenal erti dunia,yang wajib untuk saya menerima nya..

begitu juga semalam..saya tidak ikhlas menerima hakikat bahawa sepupu saya mempunyai gaji yang besar,sudah mampu membeli rumah besar,mobil utk mama nya..sedangkan saya masih menumpang di umah ibu bapa sendiri,saya seorang profesional tapi masih tidak mampu membeli itu ini.. sekali lagi saya sombong sesombongnya dgn PENCIPTA..

kemudian saya diingatkan agar ikhlas dengan rezeki,merasa cukup dengan rezeki ini..makcik saya seorang yang merendah diri mengatakan SI A dapat bonus 3 bulan semuanya dihabiskan untuk membeli kembali emas2 yang digadaikan oleh ayahnya di kedai pajak..saya tergamam sebentar,A mempunyai duit yang byk utk kegunaan semua org,untuk menutup kesusahan org..makcik sy kemudianya menasihati si alpa ini,kakak bersyukur la..duduk dengan ma,gaji ok,tak stres sgt..kan?sy hanya mampu tersenyum..malu pada diri,makcik yang tak berpendidikan tinggi masih boleh optimis tapi saya sguh pesimis..saya tidak mempunyai masalah dalam keluarga,ayah dan ibu saya berkerja,tidak pernah merungut akan ketidakcukupan itu dan ini..sekali lagi saya angkuh dengan PEMBERI..bukankah saya juga patut bersabar..

wahai hati,ketahuila ALLAH itu maha mengetahui UR past,present and future...maka ikhlas la dgn PENCIPTA DAN PEMBERI ini..

bukankah rezeki itu penjana kehidupan,cinta itu sebahagian dari kehidupan,maka ikhlaskan hati,sabarkan diri..


P/S: saya sayang family,bestfrenx..moji "new frenz" and kwn2 esp:gusarsayu..=)



0 comments:

Post a Comment