Monday, September 7, 2009

positif..positif..positif

pagi ini sudah indah..sejuk dan nyaman sekali..

saya teringat cerita semalam,seorang teman mengadu kepada saya akan perasaan nya terhadap jejaka,ya kami sudah dewasa,sudah wanita kini,sudah matang untuk mengenal cinta manusia,sudah ingin dikasihi dan mengasihi,sudah ada gelojak kasih asmara dan ....bermacam2 sudah..

hmm..kisah saya dan dia memang berbeza tapi saya tapi amat arif akan hatinya yang penuh dengan perasaan kasih tak jemu,sayang tak hilang..

sahabat saya ini mengadu dirinya telah jatuh cinta dgn pemuda yang biasa-biasa sedangkan dirinya kini seorang profesional..ya saya tahu amatla susah jika hati sudah bertaut,saya percaya bahawa dia bukan sengaja untuk fall in love,perasaan ini bukan dibuat2,dizahirkan semula jadi..saya cuba untuk berfikiran terbuka,apa salahnya sudah jatuh cinta..tapi bukankah sekufu juga menjadi faktor dalam pemilihan jodoh,apakah sahabat saya ini bersedia untuk menjadi khadijah ke 2,tapi rasulullah itu sangat hebat orgnya,tidaklah layak di samakan dengan kekasih rakan saya ini kerana beliau kerap tekankan bahawa lelaki itu baik tetapi rakan saya ini masih belum berpeluang untuk ketemu dengan kekasihnya..rakan saya ini telah meninggalkan satu perkara fundamental:taaruf,mengenal dan melihat..

apa yang saya mampu hanya menasihati nya agar dia melalakukan solat,solat dan solat..agar dia mendapat pentunjuk dari MAHA PENYAYANG INI..dan saya berdoa..

untuk menjadi seorang yang terbuka amatla payah..tapi saya kini cukup selesa untuk menjadi diri yang terbuka dan positif,seronok sekali..bila kita lahirkan perasaan positif segala sifat dengki,nista dan lalai hilang merajuk,saya suka sifat-sifat ini merajuk,saya tak ingin mereka menjadi sahabat saya,saya sayangkan sifat positif saya ini,sifat yang memberi peluang kepada saya untuk ungkapkan bahawa..ah,indahnya hidup ini=)i love my life..saya sayang diri saya,saya sayang diri anda..comel sungguh bila berfikiran begitu,apabila saya tersenyum sepanjang hari mengingatkan hidup ini tidak lama,maka hiasilah hidup ini dengan perkara-perkara yang indah..=)

saya suka berkongsi pendapat dengan sahabat baik sy yang satu ini,kami sama-sama menasihati untuk menjadi positif,apabila marah dan dengki datang menghampiri,cell fon digapai dan segala yang terpendam diluahkan..sungguhpun hal yang datang remeh temeh tetapi saya ingin berkongsi dengannya,sungguhpun saya sudah tahu jalan penyelesaiannya..kami selalu bertukar-tukar mood positif sekiranya level negatif saya meningkat begitu juga dengan dia..dan saya memang sayangkan dirinya yang positif=)

saya juga suka bercerita dengan 'teman baru' yang sedia menjadi pendengar setia, kami kerap bertukar pendapat,setiap hari topik berbeza lagi spontan membuatkan hidup sayameriah dengan cerita,perbualan kami jarang sekali bersifat kosong,99.9% realistik,hanya 0.1% fantasi..kami selitkan cerita kami dengan hikmah yang tak berpenghujung,dia sering labelkan dirinya sebagai anak kecil,saya senang sekali mendengarnya,sy kira dihujung suara nya bermaksud,dia perlukan saya untuk mendapatkan cas positif sepertimana dilakukan oleh saya dan sahabat baik saya...sekali lagi saya katakan,indahnya hidup ini=)

dulu saya bukan la begini,sering serabut dengan perkara-perkara kecil,mengambil serius dengan perkara ibarat kacang,senang..asyik dikenang,kadang-kadang menjadi beban diri,tapi kemudianya saya banyak belajar,belajar untuk bersifat terbuka,yakin pada diri,dan berfikiran positif dan husnul zan..saya bersyukur dgn nikmat tuhan..saya tidak dapat mengubah cerita yang saya lukiskan dimasa lalu,tapi kini saya boleh warnakan hidup saya dengan warna hijau,merah jambu,kuning..jika dahulu saya hanya memilih hitam,hitam dan hitam..=)

terima kasih kepada anda semua yang menjadikan hidup saya kini indah..indah ibarat suria@sunshine..saya kini adalah sunshine dan ingin menjadi sunshine 4eva,saya berdoa agar menjadi sunshine yang tabah..

P/S: i love you..

nota kaki:tq ye for the teguran..really appreciate it=)





0 comments:

Post a Comment